Tentang Air

pic01740.jpgpic04779.jpg

Apa  yang  ingin di paparkan  di  sini, ialah bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepang.

Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh  menakjubkan.
Beliau membuktikan  bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.
pic13077.jpg
Ustaz  Abdullah  Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak,  pada  tahun  lepas  pernah menceritakan penemuan ini.
Beliau memaklumkan   bahawa   beliau   telah   mengikuti  satu  seminar
yang disampaikan  oleh  seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana.
Dalam seminar  itu,   mereka  telah ditunjukkan melalui slaid,
contoh-contoh air  yang  dilihat  daripada  mikroskop  khas.  Sumber air ini diambil daripada  laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya.  Ada pelbagai bentuk,  daripada  rupa  cantik  bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah  ke  ‘hodoh  dan  mengerunkan”  seperti  rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.
pic14993.jpg
Suatu  ketika,  apabila  ditunjukkan “rupa air yang cantik
bercahaya,” molekulnya    tersusun    cantik,    seperti   berlian
bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna,  para hadirin telah disoal  pakar  air  tersebut tentang asal usul  sampel air itu.

Salah seorang  hadirin  meneka,  itu  mungkin  air Zam-Zam.  Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut.Kemudian beberapa hadirin dipilih  untuk  membuat  kajian.  Di  atas  pentas, mereka dikehendaki membacakan  sesuatu  ke  atas  air  mineral  masing-masing. Lalu salah seorang  hadirin  dikehendaki  menunjukkan  hasil  kajiannya.
Apabila ditunjukkan  di  skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit. ).

Apabila  tiba  giliran  Ustaz  Abdullah,  air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah,  Selawat  dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan  molekulnya  seperti  berlian  yang  berkilau-kilau, cantik bercahaya.  Kemudiannya  beliau  disuruh  membaca  sebarang  ayat atau kata-kata  yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
pic20730.jpg
Banyak  hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini.
Air juga   merupakan   makhluk   Allah   yang  bernyawa.  Dengan
keizinan daripada-Nya,  ia  mampu  menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam  Islam  ada  kaedah-kaedah tertentu  yang menggunakan air, untuk berikhtiar  mengubati  penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan
air penawar,  atau  dalam  bahasa  mudahnya air jampi.   Seperti mana
yang pernah  diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz,dan orang-orang alim lain nya.

Berikut  ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang  telah  didedahkan  dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya

“Terlalu banyak rahasia-Mu di dunia ini, membuat aku semakin mengagumi hanya Engkau”

Share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Adobe Flash player